Monday, May 30, 2011

LYNAS... From Those Who Support It

Lebih 100 berhimpun sokong pembinaan kilang Lynas

KUANTAN 30 Mei - Lebih 100 orang termasuk ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang berkumpul secara aman di pantai Teluk Chempedak di sini, hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia.

Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai gambaran bahawa bukan semua pihak menolak pembinaan kilang yang memberi manfaat terutama dari segi pelaburan kepada negara.

"Projek Lynas merupakan satu projek yang selamat, tidak perlu warga Kuantan bimbang kerana ada radiasi yang baik dan ada yang tidak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bernama

Finally! The supporters are here...

No comments:

Post a Comment